CODE LAGU
Hati ini pernah diselubungi kasih seseorang , namun hakikatnya rahmat Allah kekal abadi

Saturday, 28 September 2013

Istiqomah itu penting

Assalamualaikum w.b.t ?
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib ! ^^
Alhamdulillah , cik Nisa masih bernafas di bumi Allah yg penuh dgn kenikmatan ni.
Dannnn… Alhamdulillah. Post kali ni, cik nak cerita pasai ISTIQOMAH.
Sebelum memulakan perkongsian ilmu , ni cik Nisa nk bagitau…
Rasanya ini post terakhir ukhti. Ana asif jiddan.
sebab sebab sebab… Cik Nisa dah mula peperiksaan akhir tahunnn… *perrghhhh
Mohon jasa baik akhi-akhi dan ukhti-ukhti sekalian,
doakan Nisa agar dipermudahkan urusan menjawab kertas soalan tu… *gementar rasanya
Syukran babehh ^^

Bismillahirrahmannirrahim…
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selalu dengar tentang “Perubahan menjadi yg lebih baik”. *Tapi persoalannya…
Adakah perubahan awak kekal ?  
haa… Ni nak bagitahu. >>> Istiqomah itu penting sangat-sangat. <<<



Apa itu istiqomah ?
-Beristiqomah di dalam Islam : menjalankan seluruh aturan-aturan sesuai dengan ajaran Islam.
- Beristiqomah dalam aqidah : tidak melakukan syirik (menyekutukan Allah).
- Beristiqomah dalam berakhlaq : perlu berpedoman kepada nilai-nilai akhlaq yang telah diajarkan oleh Allah dan RasulNya .
Sesungguhnya Allah menjanjikan ::
"Dan seandainya mereka itu bersikap istiqamah di atas jalan kebenaran, maka pastilah Kami siramkan kepada mereka air yang melimpah." (QS. Al-Jinn/72:16).

“Macam mana nak istiqomah?” (._.)
InsyaAllah dengan izin Allah, semuanya mudah atas niat yg baik.
Tak boleh ada perkataan MALAS ! Buang jauh-jauh perkataan tu dalam kamus hidup !
Ingatlah 5 peluang sebelum hadirnya 5 kesempitan.
Mesti semua tahu kannn ? hmm..
Kalau tak tahu, haa.. ni dia ::

"Gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa luangmu sebelum datang masa sempitmu, masa sehatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu dan masa hidupmu sebelum matimu"(HR. Ahmad, An Nasa'i dan Al Baihaqiy).

“ Tu je ke Cik Nisa ? “
haha,, relaxxx.. ada lagi sayang.
Mu suka baca surat cinta tak ?
haa.. ni lagi special tau? Lagi tebal. Berhelai-helai. *mesti suka sangat kan?
Mu bacalah Al-Quran. Fahami tafsiran-tafsirannya...
haa.. Belajar dan hayati juga kisah para Nabi dan Rasul sebab...
terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

" Ohh... macam tu. Okey. Lagi ? Lagi ? "
Sabar beb ! Penat pula menaip ni *berehat bersama kismis*

Okey. Sambung...
Mu mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat.
Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"... Mu...
kenalah berzikir walau di mana saja berada.
.
Yakin beb Yakin !
Hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak.
haa.. Mu janganlah mudah terpedaya dgn perkara yg tak baik. Akan melemahkan iman tu. Tak elok.
Ni... Amalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya.

Dannnn yg paling mudah utk istiqomah...
:Pesan selalu pada hati. Ingatkan selalu pada minda.
Tentang MATI , AZAB NERAKA dan NIKMAT SYURGA yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.::

Sebelum undur diri, nak pesan.
Berubah slow-slow. Jangan terus-menerus dan akhirnya kembali zaman Jahiliyah. *Astaghfirullah
Hm, ana asif jiddan jika terkasar bahasa.
Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Aurat. Jaga Adab, Jaga Maruah.
Assalamualaikum ? :')

Saturday, 21 September 2013

Kelahiran Seorang Bayi

Assalamualaikum w.b.t ?
Sudah lama tidak menaip panjang lebar di blogga ni.
Rindu rasanya x)
Alhamdulillah masih dapat merasai nikmat Allah yg cukup indah.
Post kali ni nak kongsi sikit pendapat tentang "Kelahiran seorang bayi".
Bersyukur pd Allah kita dapat melihat duniawi ini.



Bismillahirrahmannirrahim...
Tangisan seorang bayi memecah kesunyian.
Ya Allah, Ya Rabb...
 Kita tak pernah sedar betapa kuatnya seorang ibu,
mulai mengandung hingga melahirkan hingga ada yg bertaruh nyawa demi keselamatan anak-anaknya,
bahkan ibu pun tak pernah mengeluh, tak pernah menyesal, apapun sikap dan tingkah laku anak-anaknya, seorang ibu selalu memaafkan.

Namun,
Apa yg kita balas pd ibu ?
Ada salam ibu ? Ada cium ibu ?
Pernah ucap terima kasih secara "face to face" ?
Remaja. Katanya MALU .
Mu fikir sejenak ~
Ibu sanggup menahan malu berhadapan dgn seorang doktor utk melahirkan mu.
Mahupun mu lahir di atas tangga, tepi perigi, dalam perjalanan ke hospital, meskipun dalam kapal terbang,
Mereka sanggup menahan air muka demi diri mu.
Bukan doktor? Mungkin mak bidan ? Mungkin pramugari ?
Renungkan sayang...

Nak lagi ?
Mama mu bawa lagi satu jantung dlm perutnya. Ada yg dua, tiga, empat da seterusnyaaa...
Sampai 'sometimes' jantung ibu sendiri tak kuat.
Penat, sakit, perit selama 9bulan.
Ada dia mengeluhhh ? Ada ? Ada ?
Tapi yg mengeluh itu adalah kamu.
Merungut jea. Meninggikan suara. Nak contoh ? nihhh...
 " Ishhh ! kenapalah dapat mak yg mcm ni. Kan best dpt mak mcm kawan aku. Semua yg aku nak buat, mak aku halang. Tapi kawan aku tu... bolehhh jea."
Dannn kadang-kadang sampai ..... " Ishhh... kan bagus kalau takda mak. Aman sikit hidup "

Astaghfirullahalazim...
Bersyukurlah masih mempunyai mama.
Bersyukurlah masih mempunyai ayah.

Waimapun jarang sekali dengar kisah ayah. Kannn ?
Tapi percayalah, ayah mendoakan mu dlm diam.
Ayah sentiasa memujuk ummi yg sdg menangis disebabkan diri mu.
Tak terkira peluh ayah utk memberi keselesaan hidup mu.
Selalu dengar orang cakap, ayah garang.
Sebenarnya tak pun. Ayah tak garang, cuma ayah nak kita hormat dia.
Siapa nak pujuk ummi kalau ayah turut menangis ?
Fikirlahhh sayang... Ayahmu sayang kan mu.
sekali lagi..... dah ucap terima kasih secara "face to face" ?

Bapak marah,
hanya nak yg terbaik untuk kita.
hanya inginkan masa depan yg terjamin utk kita. *bapak fikir jauh. :)
hanya inginkan kita senang, tak menderita mcm dia.
Pernah fikirkan tak,
 bapak yg tak pernah kesah pun psl anak dia. "lantak kau lahhh nakk"
Dannn, tanya diri mu sendiri...
Kenapa bapak jd macam tu?
Sebab bapak dah penat nasihatkan mu,
tapi nasihat itu umpama "mencurah air di daun keladi"
Saat itulah abi mula doakan kita secara senyap.

 Sebagai seorang anak,
taat perintah ibu bapa mu.
Kita dilahirkan di dunia ini bersebab...
Ado hikmahnya. Percayalah !
Bukan sekadar hiburan. Bukan semata-mata utk keseronokkan.
Tapi, untuk beribadah pd Allah.
Tingkatkan ilmu agama Allah.
Mencari keredhaan Allah.

Ni nak cerita pendek jea tentang Nisa ::
- Seorang bayi perempuan yg keluar dari perut ibunya, Salina , pada 21 September 1999.
- Ayah, kakak-kakak, dan abang semua dah balik rumah, kemudian Nisa pun keluar *pemalu kononnya* secara normal tepat jam 11.50 malam.
- Waktu tu pertukaran doktor ( ikut shif ) , jadi mama kata, memang sakit sebab doktor yg dari pagi tu nak siap cepat jea. *nak balik*
- Sehubungan dgn tu, , waktu mengandungkan Nisa, paling byk keluar darah *kembar darah.
- Tapi, mama kata, mama harus kuat kerana Allah ! Alhamdulillah.
- Sekarang , Nisa berusia  genap 14 tahun. *Syukran ya Allah.*

Sebelum nak tinggalkan mu,
ni nak bagi dua hadis...

1.  Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

2. Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Semoga sama-sama kita memelihara adab dgn ibu bapa.
Tidak derhaka pada mereka, insyaAllah.
Hm, rasanya sampai sini jea.
Ana Asif jika terkasar bahasa. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum ?

Tuesday, 17 September 2013

Ukhuwah Fillah Abadan Abada

Assalamualaikum w.b.t ?
Alhamdulillah cik masih bernafas dibumi Allah.
Alhamdulillah cik diberi peluang untuk bertaubat kpd Allah.
Alhamdulillah cik diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu Allah. *Ecehhhh*

 Bismillahirrahmanirrahim...
 Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
                       
                           "Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada fill Jannah"
                  "Sejahtera sahabat kerana Allah selama-lamanya sampai Syurga"

Siapa takda kawan ? Angkat tangan !!! xD *tipulah takdo kawan*
Kebanyakkan manusia mahupun makhluk di permukaan bumi Allah ini mempunyai sahabat. Betui tak ?
Cuma yg membezakan adalah sifat masing-masing.
Ada yg gila-gila.
Ada yg nerdy.
Ada yg pandai-pandai.
Ada yg bodoh-bodoh.
Ada yg suka membuli.
 Ada yg suka 'talam dua muka' *wow*
 tapiii... terlalu jarang kita jumpa sahabat yg selalu mengajak kita sentiasa mengingati Allah. kannn ? :')

UKHUWAH bermaksud SAHABAT
 Ukhuwah bagai seutas tasbih.. 
Ada awal tapi tiada penghujungnya..
 Dicipta untuk mengingatiNya.. 
Dibahagikan untuk cintaNya.. 
Diratib untuk redhaNya... 

Sebenarnya kan...
Bagi Nisa lahhh kan,
Ukhuwah yg baru jea kenal, tak mungkin akan selamanya menjadi pendamping kita.
Ukhuwah yg macam tu, biasanya di anggap hanya sebagai kawan atau rakan... *kebanyakkan pd perempuan. :P
Kawan atau Rakan ,
cuma peneman dan mungkin tiada pabila duka.
mungkin juga ada yg iri hati dgn kita.
Bukan Nisa nak sangka buruk, tapi itulah realiti yg banyak berlaku sekarang.

Tapi... Kalau Teman atau Sahabat,
selalunya yg paling rapat dn boleh berkongsi apa sahaja yg terbuku dlm hati kita,
kita terasa ada mutiara kata yg dapat diambil dari setiap apa yg diperkatakannya.
kita juga dapat menerima tegurannya dgn hati yg terbuka, malah cuba untuk berubah dan memenuhi selagi termampu.
Kenapa perlu jaga ukhuwah kita?
Sebab sebab sebab ... untuk menjumpainya sangat susah apatah lagi untuk kehilangannya.
Yea, mungkin sedikit ganjil dan aneh bunyinya... tapi kalau mu pernah laluinya baru mu tahu indahnya, manisnya ikatan yg terjalin Lillahita'ala.

Ukhuwah juga seorang yg rapat dgn kita.
pandangan dia terhadap sesuatu perkara , sama mcm pandangan kita *satu kepala katanya... xD
Macam... kalau satu perkara yg dia lakukan, kita mesti nak buat juga.
malah, tidak akan membiarkan kita keseorangan dlm mengharungi kesusahan kerana jatuh kasih kita kerana Allah.
Bahkan utk melepaskn kita keseorangan berhadapan situasi berat juga dia tak sanggup. Kann kann kann?

Wahai Sahabat , ini utk kamuuu.. ::



Duhai temanku,
Duhai sahabatku,
Terima kasih atas segala pertolonganmu kepadaku.
Mutiara kata, butir bicara, bait-bait nasihatmu kepadaku...
Takkan ku lupakan dirimu sehingga ke akhir hayatku.
Bawalah aku bersama-sama mu dlm perjuangan ini.
Percayalah, diri ini sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menyayangimu. 

Ingatlah,
segala yg diimpikan takkan tercapai kalau bukan kerana niat yg tulus dan ikhlas kerana Allah.
kita takkan jumpa teman sejati sekiranya tidak dipaksikan kepada Islam tercinta.
Kerana hanya dgn Islam sesuatu yg indah itu dapat kita rasai, nikmati dan kecapi.
Cubalah ikhlaskan niat dan tersenyumlah penuh ceria dlm setiap sesi taaruf.
InsyaAllah mu pasti jumpa teman sejati yg dicari.

Sebelum Nisa undur diri...
ni baca ni...

" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Dannn ukhuwah juga adalah Sunnah ^^

 Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
 “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Dannnn... Dannn... Dannn...
Nisa harap mu fahami apa yg tersirat dlm Surah Al-Hujurat (49): 11-12 ::

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) dan jangan pula wanita wanita-wanita mengolok-olokan wanita yang lain (karena) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Jadi...
Sayangi sahabatmu seperti sayangi dirimu.
Be the best for your friendsss ^^
Trust. Believe. Accept.
Jaga sahabatmu itu :)
 Assalamualaikum ? 
Terima Kasih menjejaki blog Cik Nisa