Assalamualaikum w.b.t. ?
Lama dok cik tinggalkan blog?
Maaf. Maaf. Maaf. Ampun. Ampun. Ampun. hee x)
Mu tawu dok kenapa cik tinggalkan blog ni?
haihhh, panjang ceritanya. Ehh? haha xD
Dipendekkan lagi pun masih panjang. Ni ringkasan nya...
Mu tawu dok batch 99 ni pelik ? Haa.. da ada PBS, kali ni ada HOT pula. Haihh..
Nisa sibuk "study", kononnya. Last-last, dok masuk satu pun dlm kertas nu. Hang taw apa yg masuk?
Soalan Kimia, Biologi dan semua yg Nisa belum belajar lagi. -.- Okey, periksa tu sehari ja, tapi, tapi, tapi...
Hari Rabu tu cikgu Sejarah nk buat periksa. Haihh..
Belajar lagi. Hafal lagi. Fakta lagi. Tapi kan...
Nisa "study" masa pagi, perhimpunan tu. xD Hari yg sama, ada PBS Geografi pula. Adoihhh..
Dah habis.. MERDEKA ! kahkahkah..
Sepatutnya boleh update blog kan? tapi malas. Sebab...
sibuk buat KUIH RAYA . hee x)
Lepastu Raya, Raya dan Raya. Ehh?
Nisa lupa nak ucap "SELAMAT HARI RAYA"
Maafkan salah silap Nisa yg kadang tak perasan. Terguris hati mu. Maaf yea? Zahir dan batin. :)
Ni lupo nak tanya... Mu sihat dok? Harap-harap sihat walafiat yo? ^^
Nisa? Alhamdulillah sihat. Masih lagi bernafas dibumi Allah yg indah. :D
Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ni Nisa nak cerita sikit hadith-hadith mengenai akhir zaman.
Beb ! Sedarlah ! Dunia sekarang dah akhir zaman !
Dah zaman yg keEMPAT daripada LIMA zaman !
Mohon ambil tahu ! Jangan sibuk dgn duniawi yg sementara ni !
Muhasabah diri...
Rasulullah pernah bersabda
" Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj' "
Al-Harj bermaksud peperangan demi peperangan.
Beb ! Teknologi sekarang makin canggih kan? Dicipta oleh? Orang BARAT.
Semakin maju teknologi, semakin ramai yg nak menjualnya.
Oleh kerana masing-masing tamak , maka terjadilah perebutan yg mengakibatkan peperangan demi peperangan. hmm..
Nampaknya, begitulah yg berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai satu ketika akhirnya, iaitu KIAMAT.
Ada lagi...
Masa akan menjadi singkat !
Menurut Imam Al-Karmani yg dimaksudkan dgn masa yg menjadi singkat ialah dicabut keberkatan darinya.
Memang benar apa yg dikatakannya, dahulunya kita merasakan dlm sehari banyak perkara yg dapat kita laksanakan. Tetapi sekarang?
Dalam sehari yg SAMA hanya sedikit perkara yg dapat kita laksanakan.
Ini adalah satu petanda, hampirnya kiamat.
Beb ! Tunggu jap.. Ada lagi..
Munculnya galian-galian bumi.
Sejak limabelas abad yg lalu,Rasullullah pernah bersabda..
Tepat sekali apa yg disabdakannya. Hari ini dunia Islam sangat kaya dgn hasil galian.
Tetapi yg menguruskan dan menguasainya adalah orang-orang? Orang-orang yg BUKAN ISLAM.
Ini realiti dan salah satu tanda hampirnya Kiamat.
Janganlah pergi... Tunggu sekejap. Haa.. nihh..
Umat Islam mengikuti langkah-langkah Yahudi dan Nashrani...
,hinggalah satu perkara kecil dan perkara yg tidak munasabah.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah ini.
Ramai orang Islam yg kehilangan pegangan di dalam kehidupan.
Sedar atau tidak, ramai umat Islam yg terpedaya dgn tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula yg menjadi alat dan tali barut kpd mereka.
YA ALLAH ! SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA MEREKA.
Beb ! Nisa bagi empat contoh jea tu.
Mohon SEDAR ! Banyak lagi tanda-tanda akhir zaman ni !
Cuma Nisa yg tak larat nak menaipnya.
SEDAR ! SEDAR ! SEDAR !
Ingatlah ! Dunia ni sementara sahaja !
Setahun kita dibumi, hanya sekejap sahaja kita diakhirat.
Ingatlah ! Dunia makin tua !
Jom sama-sama sebarkan cinta agama Islam !
Ikutan kita hanyalah AL-QURAN dan AS-SUNNAH serta AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Nisa tak larat ni. Maaf yea kalau terkasar bahasanya serta buat hatimu terguris ?
Undur diri dulu. Jaga agama, Jaga Maruah, Jaga Adab, Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Aurat. Assalamualaikum? :)
CODE LAGU

Wednesday, 28 August 2013
Sunday, 4 August 2013
Lembutkanlah Hatimu
Assalamualaikum W.B.T ?
Alhamdulillah, hari ni kita masih hidup, masih sihat, masih diberi peluang utk bertaubat.
Terima kasih, ya Allah.
Alhamdulillah juga hari ni Cik Nisa nk cerita pasal HATI.
Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..
Hati merupakan anggota yg paling penting di dalam tubuh badan kita.
Sabda Nabi SAW bermaksud :
" Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging,
bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hati awak yg baik atau yg rosak? Renungkan...
Tahu tak kenapa Cik Nisa selalu pesan "Jaga Hati"? haa.. Ni sebabnya :
Hati yg menjadi 'enjin' kehidupan manusia.
Menjaga, Memelihara, dan Mengawalnya adalah KEWAJIPAN yg dibebankan oleh Allah ke atas sekalian manusia.
Pengabaian hati merupakan DOSA dan pengkhianatan terhadap Ilahi.
Apabila hati berada dlm keadaan negatif, maka hati itu akan menjadikan pemiliknya hidup dlm keadaan tidak tentu arah, hilang pedoman, hilang barakah, putus hidayah, bahkan terus jauh dan hanyut daripada rahmat Allah.
Kenapa hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci?
Jawapannya ialah DOSA.
Dosa itu yg menjadi penghalang taqarrub kita kpd Allah SWT.
Dosa itu yg mengeraskan hati kita hingga payah menerima ilmu, nasihat dan teguran.
Dosa itu yg menjauhkan kita dari jalan Allah.
Kata seorang tabiin yg terkenal bernama Makhul ad-Dimsyaqi rahimullah
" Orang yg paling lembut hatinya ialah orang yg paling sedikit dosanya"
Renungkan keadaan hati awak...
Istighfar banyak-banyak yea?
Maafkan silap Cik Nisa yg kadang tak perasan. Undur diri dulu.
Ingat ! Jaga HATI, Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Aurat, Jaga Maruah, Jaga Adab.
Alhamdulillah... Assalamualaikum?
Saturday, 3 August 2013
Memadam Memori Silam
Assalamualaikum ya akhi? ya ukhti?
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu Allah.
Maaf tinggalkan entri sementara waktu kerana peperiksaan melanda diri. hee.
Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum dilanda angin kesedaran, banyak masa kita yg terisi dengan kejahilan, kealpaan dan pengumpulan dosa.
Sebelum dilimpihani nur hidayah, banyak waktu kita yg terbuang percuma tanpa taubat dan amal soleh.
Sebelum disapa gerimis keinsafan, banyak hati yg terguris, jiwa yg menderita, minda dan tubuh yg teraniaya dek tingkah laku, perlakuan dan onar kita.
Bilamana Allah dengan kasih sayangNya telah menyedarkan kita, maka bersyukurlah.
Manfaatkan peluang serta usah toleh ke belakang lagi.
Sekali lagi tiada istilah terlambat dlm hal ini.
Perasaan RALAT kerana tidak dapat membetulakn kesilapan masa yg telah berlalu perlu dihindarkan.
Rasa Ralat/Penyesalan ini adalah baik bagi orang yg beriman kerana sememangnya "penyesalan" itu berlaku di atas dunia ini lagi, bukan setelah nyawa diambil oleh Tuhan.
Penyesalan segera di atas bumi ini mudah-mudahan mampu memadamkan bahang api cetusan dosa-dosa kita.
Bilamana kita membenci atau tidak suka andai tercebur semula ke alam jahiliyah yg penuh kepura-puraan, maka itulah satu daripada tiga faktor yg kita merasai HalawahNya (kemanisan iman) anugerah Allah.
Isikan...
hatimu,
jiwamu,
ragamu
Dgn keimanan amal soleh.
Masa yg berbaki perlu diisi dgn ketaatan kpd Allah sbgai salah satu ikhtiar yg bersungguh-sungguh.
Semoga Allah dgn rahmatNya akan memadam semua catatan "kecelaruan" kita pada masa silam.
Itulah pengharapan kita yg sangat tinggi kpd Rabbul 'Alamin.
Sesungguhnya bahagian akhir episod hidup kita itulah yg menjadi faktor tumpuan, pengiraan dan penilaian Allah.
" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Maafkan Cik Nisa andai terkasar bahasanya.
Undur diri dulu.
Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Hati, Jaga Aurat, Jaga Maruah, Jaga Adab.
InsyaAllah Allah terima taubat dan keinsafan kita.
Setiap manusia pernah lalui masa silam yg sangat pahit. Tapi ...
ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya.
ALLAHUAKBAR. Assalamualaikum?

Subscribe to:
Posts (Atom)