CODE LAGU
Hati ini pernah diselubungi kasih seseorang , namun hakikatnya rahmat Allah kekal abadi

Saturday, 3 August 2013

Memadam Memori Silam

Assalamualaikum ya akhi? ya ukhti?
 Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu Allah.
Maaf tinggalkan entri sementara waktu kerana peperiksaan melanda diri. hee.

Bismillahirrahmanirrahim..
 Sebelum dilanda angin kesedaran, banyak masa kita yg terisi dengan kejahilan, kealpaan dan pengumpulan dosa.
Sebelum dilimpihani nur hidayah, banyak waktu kita yg terbuang percuma tanpa taubat dan amal soleh.
Sebelum disapa gerimis keinsafan, banyak hati yg terguris, jiwa yg menderita, minda dan tubuh yg teraniaya dek tingkah laku, perlakuan dan onar kita.
 Bilamana Allah dengan kasih sayangNya telah menyedarkan kita, maka bersyukurlah.
Manfaatkan peluang serta usah toleh ke belakang lagi.
Sekali lagi tiada istilah terlambat dlm hal ini.
Perasaan RALAT kerana tidak dapat membetulakn kesilapan masa yg telah berlalu perlu dihindarkan.
 Rasa Ralat/Penyesalan ini adalah baik bagi orang yg beriman kerana sememangnya "penyesalan" itu berlaku di atas dunia ini lagi, bukan setelah nyawa diambil oleh Tuhan.
Penyesalan segera di atas bumi ini mudah-mudahan mampu memadamkan bahang api cetusan dosa-dosa kita.
Bilamana kita membenci atau tidak suka andai tercebur semula ke alam jahiliyah yg penuh kepura-puraan, maka itulah satu daripada tiga faktor yg kita merasai HalawahNya (kemanisan iman) anugerah Allah.

Isikan...
 hatimu,
jiwamu,
ragamu
Dgn keimanan amal soleh.
Masa yg berbaki perlu diisi dgn ketaatan kpd Allah sbgai salah satu ikhtiar yg bersungguh-sungguh.
 Semoga Allah dgn rahmatNya akan memadam semua catatan "kecelaruan" kita pada masa silam.
 Itulah pengharapan kita yg sangat tinggi kpd Rabbul 'Alamin.
 Sesungguhnya bahagian akhir episod hidup kita itulah yg menjadi faktor tumpuan, pengiraan dan penilaian Allah.

" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Maafkan Cik Nisa andai terkasar bahasanya.
Undur diri dulu.
 Jaga Iman, Jaga Solat, Jaga Hati, Jaga Aurat, Jaga Maruah, Jaga Adab.
InsyaAllah Allah terima taubat dan keinsafan kita.
Setiap manusia pernah lalui masa silam yg sangat pahit. Tapi ...
ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya.
ALLAHUAKBAR. Assalamualaikum?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih menjejaki blog Cik Nisa