Mu sihat dok ? harap sihat sejahtera yea ?
Senantiasa dibawah lindungan Allah, insyaAllah.
Alhamdulillah Allah masih beri peluang Cik Nisa utk berkongsi ilmu :)
Maaf untuk segala silap Nisa yea ?
Ehem hem.. banyak ayat tanya pula.
Kita mula sekarang.
Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Cantik. Indah. Lawa. Cun. Nikmat semuanya tu.
Kaum Hawa ? Wanita ? Perempuan ? Muslimah ? Ehemmm.. Gadis ? x)
yea, itu tajuk kita hari ni *cehhh..
Siapa menyesal jadi perempuan ni ?
Astaghfirullahalazim... awak !
Tahu tak, betapa untungnya Allah ciptakan awak sbg perempuan ?
Sebelum Nisa berkongsi hadis, ni nak cerita sikit.
Pernah seorang gadis berkata kpd seorang lelaki "untung awak jadi lelaki, boleh keluar malam buat qiam. Aurat yg perlu dijaga, tak banyak "
Dan lelaki tu menjawab "semua yg Allah ciptakan itu ada kegunaannya. Bersyukurlah. Awak akan tahu satu hari nanti, Allah lebih sayangkan Hawa. Perempuan cukup istimewa. Percayalah~ "
Haa... jadi, post ni sangat sesuai utk gadis tu.. wkwkwkw x)
Sebenarnya terdetik juga dkt hati sendiri, apa istimewanya wanita ?
Dan setelah mencari , Alhamdulillah ketemu juga. Dan nak berkongsi pula.
Salah satunya ialah...
"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
Wahai Hawa,
Alhamdulillah, kita sangat beruntung.
Sewaktu kecil, ibu dan ayah yg menjaga kita.
Sewaktu besar, tanggungjawab mula dipikul oleh suami pula.
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).
Meskipun banyak yg mu perlu cover auratnya,
tapi percayalah !
Untuk keselamatan diri mu juga, sayang.
*Lelaki kan kononnya "gentlemen" ,
Jatuh sikit pun mereka masih boleh tahan sakitnya.
Tapi kalau Hawa jatuh ? *perrgghhhh peritnya tak terkata.
Ehem..
Istimewa sangat perempuan ni.
Kita tak perlu buat bekam. Sebab ?
Tiap-tiap bulan keluar darah kotor dr badan kita.
Laggiiii...
Allah bagi cuti dkt Hawa. :)
Okey, setakat itu shj yg Cik Nisa dpt kongsikan hari ni.
Sebenarnya terlalu banyak keistimewaan Hawa ni.
InsyaAllah, pd masa akan datang,
Cik Nisa kongsi lagi pasal "Istimewa Kaum Hawa" tapi #part 2 x)
Maafkan cik Nisa jika terkasar bahasa, tersilap bicara.
Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah, yg buruk itu datang dari diri Cik Nisa sendiri.
Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Mata, Jaga Mulut, Jaga Aurat. Jaga Solat. Jaga Maruah.
Tata titi tutu. Ma'assalamah wa ilalliqa'
Assalamualaikum ? ^^
No comments:
Post a Comment