CODE LAGU
Hati ini pernah diselubungi kasih seseorang , namun hakikatnya rahmat Allah kekal abadi

Tuesday, 23 July 2013

Berubah kerana Allah

Assalamualaikum w.b.t.
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB .

 Alhamdulillah, tak sangka siap juga blog baru.
Sebenarnya, ada blog lama, tapiii dah lama ditinggalkan.
segala sarang ada di situ. Haha. xD bak kata orang " buang yg keruh, ambil yang jernih"
Ada sesetengah orang yg tahu blog lama tu kan? Haa,, harap awak semua lupakan.
Itu Kenangan. Sekarang, buka buku baru dan mulakan hidup baru!

Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.
Mula dekatkan diri dgn Allah. Bila? hm, rasanya bulan 4 2013.
Alhamdulillah, Nisa belajar sedikit demi sedikit ilmu Allah.
Unexpected, ilmu Nisa terlalu cetek. Tapi, Nisa usaha untuk mencari ilmu Allah itu.
Macam mana? haa, mula-mula, penuhkan solat fardhu 5waktu tu.
Awak rasa dah tak ada yg kosong lagi solat tu, awak mula tutup aurat dgn sempurna.
Ingat ! Perempuan punya aurat : Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
 Dan bagi lelaki pula : Dari pusat hingga lutut.
Alhamdulillah, sudah solat 5waktu, sudah tutup aurat dgn sempurna.
Baca Al-Quran jangan lupa! sekurang-kurangnya sehari, 1muka surat pun boleh.
Sebab ayat Al-Quran mampu bersihkan hati awak.
Haa, dah baca Al-Quran tu, mulut awak jagalah juga. Jangan nak kutuk-kutuk orang.
Tak baik. Kalau awak tak suka dia, "pray to Allah". InsyaAllah Allah bantu awak.
Lagi? Janganlah malas cari artikel tentang agama. Kata nak berubah, kann?
Search jea dkt Mr.Google awak tu. hihi x) "Usaha tangga Kejayaan"
Nak berdakwah? boleh. Tapi hati-hati. Jangan sampai yg tak betul pun awak bbagitahu orang. Berdosa.
Kalau tak tahu, tanya dkt orang yg lebih berpengetahuan. Sebab itu kena cari artikel-artikel Islamiah ni.


Selagi Allah berikan pinjaman udara dkt awak, Selagi tu Allah beri peluang untuk bertaubat.
Ingat !  Berubah kerana Allah, bukan "seseorang". InsyaAllah Allah akan tolong hambaNya.
Keikhlasan kerana Allah. Cik Nisa undur diri dulu. Maafkan salah silap yg kadang tak perasan. Sesungguhnya memaafkan seseorang ibarat memaafkan dirimu sendiri. Jaga Solat, Jaga aurat, Jaga iman, Jaga hati, Jaga maruah, Jaga adab. Assalamualaikum?


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih menjejaki blog Cik Nisa