Assalamualaikum w.b.t
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB.
Alhamdulillah, masih diberi peluang utk kongsi ilmu Nisa.
Bismillahirrahmannirrahim.
Haa, tahu kan Al-Quran? kitab suci yg terakhir diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam firman Allah, surah Al-Baqarah ayat 2 "kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk orang yg bertaqwa".
Pernah tak awak tahu, pahala Al-Quran ni macam mana? Haa, ni nak bagitahu...
Ibnu Masud r.a. berkata bahawa Rasullullah pernah bersabda bahawa
"Barangsiapa yg membaca satu huruf daripada Kitabullah, maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf "
Subhanallah, nampak tak yg Allah Maha Pemurah? Lagiiii...
Tahu tak, orang yg membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah ni, akan diberi syafaat(pertolongan) di hari penghitungan nanti? Hadis Rasullullah berbunyi
" Tidak ada syafaat yg paling tinggi melainkan Al-Quran yg bukan Nabi, Malaikat dan sebagainya "
Al-Quran juga mampu mengubat seseorang kerana kitab suci ini ibarat penawar islam.
Mampu menyucikan hati yg daripada kotor, hitam menjadi bersih seperti dlm keadaan fitrah.
Rugi kalau awak tak baca Al-Quran sebab Rasullullah pernah bersabda yg menyebut tentang orang yg tidak pernah membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran ibarat rumah yg kosong tanpa penghuni.
Haa, sebelum undur diri, awak pernah tahu apa dosa yg paling besar pd orang-orang hafiz Al-Quran?
Dosanya ialah akibat mereka lupa akan ayat-ayat Al-Quran yg dihafaznya. Sebabtu jangan main-main dgn kitab suci ni.
Rajinkan diri membaca Al-Quran yea? Cik Nisa undur diri dulu. Jaga Iman, Jaga Hati, Jaga Aurat, Jaga Solat. Assalamualaikum?
No comments:
Post a Comment